Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran serta
nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Jun 12, 2012

Utamakan Pandangan Allah dari Pandangan Manusia

~Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

Muqaddimah :

Post kali ini membicarakan mengenai diri kita yang sering melihat kepada pandangan manusia lebih dari pandangan Allah s.w.t. Jadi untuk post kali ini saya ingin berkongsi satu kisah dengan sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah mengenai Luqman Al-Hakim. Jika ada yang salah @ silap mengenai post yang saya terbitkan ini,maka tegurlah saya. Credit to: Sahabat UIA,IHSAN,AL-MUNIRAH,TOK SIRA, & sahabat-sahabat di Media eletronik (FB,TWITTER,BLOGGER & sebagainya)

Tersebutlah kisah :

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata;

“Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”.

Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula;

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi;

“Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”.

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata;

“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”.

Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya;

“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu”

p/s: Syukran kathir atas luangan masa untuk membaca, ^__^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...