Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran serta
nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Jun 30, 2012

Penghayatan ISLAM yang SYUMUL


    Fikrah kita ialah fikrah Islam atau Din Islam. Din Islam ialah Din terawal dan kekal abadi. Din Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW, para sahabat RA dan pengikut-pengikut mereka hinggalah ke Hari Akhirat kelak. Din Islam ialah satu peraturan hidup yang luas, lengkap dan merangkumi semua ruang hidup.
    Kita tidak boleh menambah dan mengurangkan pada mana-mana bahagian ajaran Allah SWT. Di dalam apa hal sekali pun, kita tidak boleh mendahului Islam. Kita adalah pengikut ajaran Allah SWT. Pengikut hendaklah berada di belakang.


    Kita perlu menyesuaikan diri dengan Islam
    Kita mestilah membentuk jiwa supaya serasi dengan ajaran Allah SWT. Jiwa dan hati hendaklah diperoses dengan Iman hingga sanggup patuh dan tunduk kepada semua ajaran Allah SWT.
    Kita wajib memahami Islam sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT. Kita wajib memahami Islam sebagaimana yang difahami oleh para sahabat yang menerima Islam di Madrasah Rasulullah SAW. Kita tidak boleh memahami Islam sebagaimana yang manusia atau sebagaimana yang kita sendiri mahu. Kita perlu memahami Islam sebagaimana tuntutan dan kehendak Allah SWT. Kita tidak menurut hawa nafsu kita dalam memahami Islam. Kita mahukan Islam yang asli.  Kita tidak mencampuradukkan ajaran Islam dengan ajaran yang lain.  Kita perlu bersungguh-sungguh memahami Tasawwur Islam.


    Islam sahaja yang benar
    Islam sahajalah yang mampu menolak kekeliruan-kekeliruan yang terdapat pada sesetengah menusia. Kita tidak mudah terpengaruh dengan “nama-nama” yang elok sedangkan isinya kosong. Sesungguhnya orang mu’min itu cerdik, bijak serta pintar dan ia tidak mudah untuk ditipu dengan nama-nama sahaja.
    Kita perlu ketengahkan fikrah Islam. Kita perlu sebarkan fikrah Islam kepada orang ramai dengan jelas dan terang. Kita tidak boleh menghilangkan walau pun satu huruf daripada fikrah Islam yang sebenar.


    Untuk mendapatkan dan menyampaikan Islam sebenar, kita perlu mengambil Islam itu dari sumber-sumber yang sah iaitu al-Quran,as-Sunnah Rasulullah SAW dan huraian-huraian ulama’-ulama’ muktabar. Sumber kita adalah sumber syar’i.
    Seluruh bidang hidup kita perlu berpandukan Din Allah SWT. Din Islam sahajalah yang diredhai Allah SWT. 
    Firman Allah SWT:
    “Sesungguhnya Din yang diredhai di sisi Allah    hanya al-Islam.”
    -Surah Ali-’Imran: ayat 19.
    “Sesiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai Din, maka sama sekali tidak diterima daripadanya, di akhirat kelak termasuk ke dalam golongan orang yang rugi.”- Surah Ali ‘Imran: ayat 85.


    Apabila Allah SWT tidak menerima orang yang mengambil Din yang lain, maka di akhirat kelak dia termasuk ke dalam golongan orang yang rugi. Amat rugi. Kerugian dari “kaca mata” Allah SWT. Kerugian mengikut nilai Rabb al-Jalil bukan mengikut nilai manusia.
    Allah SWT juga telah memberikan kata dua kepada manusia samada memilih Islam atau kekufuran. 


    Firman Allah SWT:
    “Dan katalah al-Haq itu datangnya dari Tuhanmu, maka barang siapa yang ingin beriman maka hendaklah ia beriman dan barang siapa yang ingin kafir hendaklah ia kafir. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang- orang kafir itu neraka yang bergejolak mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum air seperti besi mendidih (cair) yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.”
    - Surah al-Kahfi: ayat 29.


    Kita perlu iltizam dengan ajaran Islam dan kita persaksikan Islam dalam bentuk kehidupan. Di waktu yang sama kita wajib mempertahankan Islam. Mempertahankan kefahaman Islam sebenar.


    Perlu kepada tarbiyyah
    Kita perlu sedar bahawa ilmu semata-mata tidak dapat membentuk manusia agar benar-benar bertanggungjawab kepada Islam. Hari ini ramai orang mempunyai ilmu Islam tetapi Islam tidak dapat dilihat dalam praktik hidup mereka. Mereka sebenarnya masih belum beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benar Iman. Apabila seseorang itu tidak patuh kepada Allah SWT dalam semua bidang hidup, maka bermakna imannya masih lemah.
    Oleh yang demikian ilmu Islam perlu ditarbiyyah dengan Tarbiyyah Imaniyyah hingga lahir kesedaran dan kefahaman yang mendalam. Kita perlu diproses hingga kita menerima apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Dengan melalui proses ini, hati kita akan merasa betul dan tepat dengan tuntutan ajaran Allah SWT.


    Berpuas hati hanya dengan Islam
    Kita perlu terus menerus mengikut ajaran Islam tanpa berdolak dalih lagi. Islam perlu kita hayati hingga kita merasa nikmat dengannya. Hingga, apabila tidak mengamalkan Islam, kita merasakan tidak senang dan gelisah.
    Perasaan tidak puas hati dengan Islam telah disumpah oleh Allah SWT di dalam Firman-Nya:


    “Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima sepenuhnya.”- Surah an-Nisa’: ayat 65.


    Ayat ini menjelaskan bahawa kita tidak dapat dikatakan benar-benar beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya sehinggalah kita kembali kepada ajaran Rasulullah SAW dalam semua urusan, sekaligus kita redha pula kepada segala keputusan yang telah diputuskan oleh Rasulullah SAW.


    Kepatuhan yang berterusan
    Kepatuhan kita kepada ajaran Rasulullah SAW, bukanlah sekadar di dalam program-program rasmi sahaja. Jika kepatuhan kita sedemikian, bermakna Islam itu belum lagi lahir dalam bentuk malakah (sebati) pada diri dan dalam jiwa kita.
    Kita memerlukan pendidikan Islam secara berterusan agar Islam menjadi sebati dengan kita. Kita perlu dididik hingga Iman itu lahir dalam bentuk tindakan. Kita perlu dididik hingga kita berbuat sesuatu kerana Islam. Hidup dan mati untuk Islam. Barulah lahir


    ‘Ubudiyyah Lillahi Wahdah.
    Sekiranya kita tidak dididik kemungkinan kita lakukan sesuatu bukan untuk Islam atau kerana yang lain daripada Allah SWT. Apabila melakukan sesuatu tidak kerana Allah maka Allah tidak akan menerima amalan tersebut.


    Hanya untuk Allah
    Apabila kita melakukan sesuatu kerja Islam, kita perlu benar-benar mencari keredhaan Allah SWT, tanpa mengambil kira keuntungan duniawi. Kita tidak memerlukan dorongan-dorongan lain untuk melakukan kerja-kerja Islam. Kita hanya mengharap janji-janji Allah SWT. Sesiapa yang lebih melakukan amal Islami dengan ikhlas maka dialah yang lebih mendapat pahala.
    Bagi mereka yang hidup hanya mencari keredhaan Allah SWT, apa yang ada di sisi mereka seperti harta, tenaga dan jiwa adalah untuk Allah SWT semata-mata .
    Dengan aqidah yang bersih dan amal yang ikhlas, kita akan menjadi Jund ‘Aqidah Wa Fikrah. Pahlawan yang benar-benar mempunyai sifat Jundiyyah (perajurit) yang dibina atas dasar Islam.
    Dengan penyerahan total kepada Allah SWT, barulah kita boleh melahirkan tentera aqidah dan fikrah. Tentera yang menerima arahan daripada kepimpinan dalam rangka melaksanakan apa yang dituntut oleh Allah SWT. Tentera yang bekerja kerana Allah SWT bukan kerana yang lain. Sayyidina Khalid Ibn al-Walid telah memberikan contoh kita. Ketika dia digantikan oleh Sayyidina U’mar dengan ‘Ubaidah al-Jarrah sebagai panglima tinggi tentera Islam, dia tidak sedikit pun menunjukkan rasa kecewa. Katanya, “Aku berperang kerana Allah SWT bukan kerana ‘Umar”. Khalid berjuang kerana Allah SWT bukan kerana pangkat. Sememangnya kita perlu dilatih untuk mencapai tahap sedemikian. 


    Firman Allah SWT:
    “Katakanlah: Sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikian itu diperintahkan bagiku dan akulah yang pertama-tama menyerah diri kepada    Allah.”
    - Surah al-An’am: ayat 162-163.


    Melaksanakan Islam keseluruhannya
    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
    “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada.”


    Hadith ini memberi maksud bahawa kita perlu bertaqwa kepada Allah SWT kerana Islam itu telah sempurna. Kita wajib iltizam kepada Islam secara keseluruhan. Kita tidak boleh mengambil Islam sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Kita perlu mengambil Islam keseluruhan dan melaksanakannya dalam batas kemampuan yang kita miliki. Sememangnya kita ingin melaksanakan keseluruhan Islam, tetapi ketiadaan Daulah pada hari ini menyebabkan kemampuan kita sangat terbatas dan tidak terbela. Kita hanya dapat melaksanakan mengikut kadar kekuatan Ummah ketika ini.


    Dari segi tanggungjawab, sememangnya tanggungjawab kita berbeza bentuk dan kadarnya. Orang yang telah berkahwin, kadar tanggungjawabnya lebih daripada orang yang belum berkahwin. Begitu juga dalam hal-hal lain. Kita perlu melaksanakan tanggungjawab kita sedaya yang mungkin. Dengan cara ini, InsyaAllah kita akan berada di dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal saleh.
    Kita tidak boleh berpuas hati dengan sistem yang ada pada hari ini. Selagimana suasana zalim, fasiq dan kafir berjalan dalam masyarakat kita, kita tetap tidak berpuas hati. Kita benci terhadap sistem yang bukan Islam kerana ia adalah punca kepada segala bentuk kemungkaran yang berlaku pada hari ini. Sekiranya kita tidak membenci sistem kufur itu, maka ini menunjukkan Iman kita lemah dan sakit. Kita ketiadaan roh Islam. Roh Islam tidak lagi mengalir di dalam jiwa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


    “Seiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahkan dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubahkan dengan lisannya, sekiranya ia tidak mampu hendaklah ia mengubahkan dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah Iman.”


    Kebanyakan manusia hari ini telah membeli kehidupan dunia dan menolak akhirat. Mereka menolak ajaran Islam yang syumul. Mereka mengasing dan mengenepikan Islam dalam realiti kehidupan seharian. Islam ‘terkurung’ di dalam masjid. Islam hanya boleh diambil dari segi solah, puasa, zakat dan haji sahaja. Undang-undang Syari’ah tidak boleh diambil kerana tidak bersesuaian dengan tuntutan dan kehendak masyarakat semasa. Firman Allah SWT:


    “Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesunguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”-Surah al-Baqarah: ayat 208.


    Ayat di atas menyeru kita agar menerima Islam keseluruhannya.


    Perlunya jama’ah
    Untuk menjamin kita Iltizam dengan Islam sepenuhnya, kita perlulah bersama-sama jamaah. Jamaah yang benar-benar ingin melaksanakan Islam. Rasulullah SAW berpesan kepada Abu Huzaifah yang bermaksud, “Hendaklah kamu berada bersama-sama jamaah Islam dan kepimpinan mereka.”
    Ibn mas’ud menjelaskan tentang jamaah, katanya, “Hendaklah kamu berada di atas kebenaran walaupun kamu berada seorang diri.”


    Rasulullah SAW memperingatkan kita dalam sabdanya, bermaksud:
    “Seiapa yang keluar daripada garis Islam maka ganjillah ia di dalam neraka.”


    Hadith ini membawa erti bahawa Islam itu bersama jamaah dan imam mereka. Tanpa jamaah tiadalah Islam yang syumul. Oleh itu kita ingin berada dalam kumpulan-kumpulan yang benar-benar mengambil ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Mughirah Bin Syu’bah pernah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:


    “Sentiasa akan ada satu kelompok (thaifah) di kalangan umatku ini yang
    sentiasa lahir membawa kebenaran sehingga datang perintah Allah SWT,
    iaitu Hari Qiamat. Kumpulan ini akan ada bila-bila masa sehingga
    Allah SWT memusnahkan alam ini.”


    Kumpulan ini tetap ada. Kita perlu mencari untuk menyertainya. Apabila kita bersama-sama kumpulan ini, berulah kita dapat malaksanakan Islam secara syumul. Firman Allah SWT:


    “Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kepada mereka kitab, hikmah dan kenabian. Jika orang-orang (Quraisy) itu mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum yang sesekali tidak mengingkarinya.”- Surah al-An’am: ayat 89


    “Mereka itulah orang-orang yang telah diberi pertunjuk oleh Allah, maka ikutilah mereka. Katakanlah: Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan da’wah ini. Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh alam.”
    -Surah al-An’am: ayat 90


    Akan kedapatan kumpulan yang ingin menyambung risalah Islam ini. Sekiranya da’wah ditolak di suatu tempat maka di tempat lain da’wah itu diterima. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik. Baginda ditolak di Makkah tetapi diterima di Madinah. Rasulullah SAW telah menunjukkan bahawa inilah jalan yang perlu dilalui. Kita akan menurutinya tanpa banyak soal dan bicara. Rasulullah SAW adalah utusan Allah SWT. Kita yakin dengan penuh terhadap baginda.
    Jamaah yang menjaga, iltizam dan intizam dengan Islam itulah yang perlu kita berada di dalamnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


    “Umat Nasrani akan berpecah kepada 71 puak, umat Yahudi akan berpecah kepada 72 puak dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Hanya satu puak sahaja yang akan selamat.” Tanya para sahabat, “Puak yang manakah yang akan berjaya Ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Kumpulan yang mana aku dan sahabat-sahabatku berada di atasnya.”


    Hadith ini menjelaskan bahawa kumpulan yang berjaya ialah kumpulan yang benar-benar mengikut Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda. Kumpulan yang lain tidak akan berjaya. Kejayaan sebenarnya hanya ditentukan oleh Allah SWT. Manusia hanya berkewajipan berusaha dan Allah yang menentukan natijah.


    Kita hanya berusaha dan bertawakkal
    Generasi Al Qur’an pertama, iaitu para sahabat RA, ada antara mereka yang belum sempat melihat natijah Islam tetapi telah sanggup disiksa dan dibunuh. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan Islam dan mewujudkan masyarakat yang menepati kehendak Allah SWT. Mereka bersabar dalam melaksanakan tuntutan aqidah. Apabila keluarga Yasir telah disiksa maka Rasulullah SAW yang melalui tempat dia disiksa berkata, “Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya tempat kembali kamu adalah Jannah.”
    Yang paling baik bagi kita ialah terus berusaha, bekerja dan berkorban untuk mengajak masyarakat kembali kepada al-Islam. Kita berdoa kepada Allah SWT agar kita digolongkan di dalam Kafilah Da’wah atau Kafilah Mujahidin. Sekiranya kita tidak mahu melakukan kerja-kerja ini maka bermakna kita menolak kurniaan Allah SWT. Balasan yang baik hanyalah ketentuanNya. Kita perlu sentiasa berdo’a agar kita sentiasa berada dalam rahmat dan redha-Nya.

Nilai Hidup menurut ISLAM - Fathi Yakan




    Mujahid Fathi Yakan di dalam kitabnya, Maza Ya’ni Intima-i Li al-Islam, telah menyatakan bahawa di dunia terdapat tiga kategori manusia.


    Kategori Pertama
    Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Mereka    dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran:
    “Dan tentu akan mereka katakan: “Hidup hanyalah kehidupan kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak dibangkitkan”.
    - Surah al-An’am: ayat 29
    “Dan mereka berkata: “Kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa. Dan mereka  sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja.”- Al Jatsiyah: ayat 24


    Kategori Kedua
    Golongan yang telah hilang pedoman, terumbang ambing, aqidah bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah SWT dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah SWT dan Hari Qiyamah tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran semata-mata yang terputus hubungan dengan aktiviti atau amalan hidup mereka. Mereka itu pada hakikatnya berfahaman kebendaan (meterialis) walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.


    Kategori Ketiga
    Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah SWT. Mereka mengetahui hakikat hidup serta memahami nilai dunia  berbanding dengan Hari Akhirah. Allah SWT membandingkan mereka seperti dalam FirmanNya:


    “Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan bersenda gurau belaka. Dan sungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi      orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya.”
    - Surah al-An’am: ayat 32


    Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNya. Seluruh bidang hidupnya (ilmu, perniagaan, kekayaan, rumah, masa dan fikiran) diarahkan kepada Jalan Allah SWT.
    Bagi menjamin supaya urusan hidup ini terarah menurut lunas-lunas Islam maka sewajarnya difahami dan dihayati beberapa kewajipan, iaitu:


    1.    Mengetahui matlamat hidup. Sebagaimana Firman Allah SWT:
    “Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (kepadaKu).- Surah az-Zariyat: ayat 56


    2.   Mamahami nilai dunia berbanding dengan nilai akhirat.
    Firman Allah SWT:


    “Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu ? Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? Pada hal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan akhirat) hanyalah sedikit.”- Surah at-Taubah: ayat 38


    3.  Mengetahui hakikat kematian dan mengambil pengajaran daripada kematian yang pasti berlaku kepada setiap manusia sebagaimana Firman Allah SWT:


    “Tiap-tiap yang berjiwa akan menemui mati.”
    - Surah Ali ‘Imran: ayat 185

    4.  Mengetahui benar-benar akan hakikat Din al-Islam dengan cara mempelajari dan mendalami dasar-dasar dan hukum-hakamnya.


    5.   Mengetahui hakikat jahiliyyah, iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran, aliran dan perancangannya. Di samping itu, mendedahkan akibat serta keburukan Jahiliyah. Dengan memahami Jahiliyyah  barulah orang-orang beriman tidak terperangkap ke dalam jaring-jaringnya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:


    “Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum, ia terselamat dari tipu daya mereka.”


    Neraca Dalam Kehidupan
    Dalam pegangan hidup manusia, hendaklah diambil neraca dan nilai syara’, dan tidak seharusnya diambil nilai-nilai lain. Kabaikan dan keburukan hendaklah diperhatikan menurut pandangan syara’ berdasarkan kaedah:
    “Yang baik ialah  apa yang dipandang baik oleh syara dan yang buruk ialah apa yang dipandang buruk oleh syara’.”
     Terdapat banyak perintah Allah yang memerintahkan kita agar mengambil nilai syara’ dan melarang daripada mengambil nilai yang lain daripada syara’. Antaranya Firman Allah SWT :


    “Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas satu syariat (peraturan) daripaa urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.”
    - Surah al-Jaatsiyah: ayat 18


    Ikutilah apa yang telah diturunkan kepada kamu daripada Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil pengajaran (daripadaNya).- Surah al-A’raf: ayat 3


    “Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kamu dan apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada Taghut, pada hal mereka telah diperintahkan agar mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka sejauh-jauhnya.”- Surah an-Nisa’: ayat 60


    Terdapat keterangan yang memberi peringatan bahawa memilih dan berpaut kepada yang lain daripada nilai Islam adalah merupakan kesesatan dan menyimpang daripada jalan Allah SWT. Firman Allah SWT:


    “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang  di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan-sangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah SWT).”- Surah al-An’am: ayat 116


    “Dan adalah tidak patut bagi lelaki mu’min dan tidak pula patut bagi perempuan mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkansesuatu ketetapan akan ada pada mereka suatu pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Sesungguhnya sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan  kesesatan yang nyata.”
    - Surah al-Ahzab: ayat 36


    Nilai Yang Tetap
    Nilai Islam adalah nilai yang tetap dan tidak berubah-ubah meskipun zaman beredar dan berubah. Dalam hal ini al-’Allamah Abu al’Ala al-Maududi telah menyatakan dalam risalahnya, Ila AyySyai’ Yad’u al-Islam, bahawa Allah SWT tidak semata-mata menurunkan undang-undang tertingi (Supreme Law) melalui Rasul bahkan diturunkan bersama-samanya nilai yang tetap (Thabitah = Permanent Values). Sesuatu yang telah ditetapkan baik di dalam al-Quran dan sunnah Rasul itu adalah baik selama-lamanya. Demikian juga sebaliknya, sesuatu yang ditetapkan buruk itu maka ia tetap buruk selama-lamanya. Begitu juga yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram. Ketetapan tersebut tidak boleh dipinda, ditambah, dikurangkan atau dihapuskan. Hanya yang berani membuat pindaan dan pembatalan itu ialah  golongan atau jamaah yang melepaskan dan membebaskan diri daripada Islam.


    Hal yang sama juga telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh Asy-Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya yang sangat bernilai, Khasais at-Tasawwur al-Islami Wa Muqawamatuha, dalam satu tajuk, Ath-Thabat (Nilai Yang Tetap). Perlu diperingatkan sekiranya ketetapan Allah SWT itu tidak dipatuhi maka akan berlakulah kerosakan demi kerosakan di alam ini.
    Firman Allah SWT:


    “Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi dan semua yang terdapat di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (al-Quran) mereka tetapi mereka berpaling daripada kebanggaan tersebut.” - Surah al-Mu’minun: ayat 71


    Nilaian Allah
    Islam telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai suatu sistem hidup yang sempurna. Telah ditentukan bahawa penilaian yang tinggi dan keuntungan hanya diberikan kepada mereka yang beriman serta menghayati Islam dalam kehidupan mereka. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah SWT di dalam FirmanNya:


    “Demi masa. Sesunguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh.”- Surah al-’Asr: ayat 1-3


    Asy-Syahid Sayyid Qutb ketika menghuraikan ayat ini telah menjelaskan bahawa Iman merupakan dasar hidup yang amat penting bagi membuahkan hasil yang baik dan bernilai dalam seluruh cabang hidup. Mana-mana amalan yang tidak lahir daripada keimanan, maka ia tidak bernilai di sisi Allah SWT. Allah SWT telah membuat perbandingan di dalam FirmanNya:


    “Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka seperti debu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil sebarang manfaat dari apa yang mereka kerjakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.” - Surah Ibrahim: ayat 18


    “Dan orang-orang yang kafir, amalan-amalan mereka adalah seumpama fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu, dia tidak mendapatinya sesuatu apapun.”
    - Surah an-Nur: ayat 39


    Amalan saleh itu adalah buah Iman. Iman itu hidup dan bergerak melahirkan amalan yang soleh. Inilah Iman Islam. Iman itu bergerak, bekerja dan membangun menuju kepada matlamat Ilahi. Ia tidak semata-mata tersimpan beku di lubuk hati. Ia juga bukan semata-mata angan-angan atau sekadar niat baik sahaja tanpa diamalkan.


    Pembentukan Jama’ah
     
    Untuk menyempurnakan tanggungjawab menurut sistem Islam, maka perlulah kepada pembentukan Jama’ah Ummah Islamiyyah. Yakni, jamaah yang ada kesedaran untuk bangun menghayati dan menegakkan Islam. Jamaah dimana anggotanya pimpin-memimpin, bimbing-membimbing antara satu sama lain dalam suasana ukhuwwah dan kasih sayang sejati kerana Allah SWT.
    Hendaklah kita sedari bahawa memperkatakan yang hak itu adalah suatu yang wajib, namun terpaksa menghadapi berbagai-bagai kesukaran serta halangan. Din atau sistem Islam itu adalah hak (kebenaran) yang wajib dibangunkan, tetapi ia tidak dapat tertegak melainkan di dalam kawalan jamaah yang sudah terbentuk.


    Sabar 
    Perlu juga diinsafi bahawa kerja-kerja menegakkan Iman, amal saleh dan mengawal yang hak itu adalah kerja yang amat sukar bagi individu dan jamaah. Maka ia memerlukan  kepada satu senjata, iaitu kesabaran. Yakni sabar dalam jihad sama ada jihad hawa nafsu atau lain-lain, sabar menangung penderitaan dan kesukaran, sabar menghadapi kemungkaran dan kema’siatan yang berleluasa, sabar melalui masa yang panjang dan peningkatan yang lambat dan sabar untuk menuju matlamat yang jauh di dalam perjuangan hidup ini. Hal ini memerlukan kepada jamaah yang mana anggota-anggotanya hidup dalam ukhuwwah dan bimbing-membimbing dengan kesabaran.  Dalam suasana ini, barulah sistem Islam boleh hidup subur dan menghasilkan buah-buah (natijah) yang baik lagi bernilai.



    Model
    Model jamaah yang tinggi dan agung telah lahir di Zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Adalah perlu sekali kita mengambil contoh teladan mereka dalam usaha kita membentuk jamaah kini. Generasi pertama tersebut telah memiliki sifat-sifat dan ciri-ciri penting hingga melayakkan mereka menjadi ummat terbaik.
    Berikut disenaraikan beberapa ciri yang terpenting seperti yang dijelaskan oleh Al-’Allamah Abu al-Hasan Ali al-Husni an-Nadawi dalam kitabnya, Maza Khasira al-’Alam Bi Inhitat al-Muslimin. Rumusan beliau ialah:


    1.    Mereka berpegang teguh kepada Syariat Ilahi. Mereka sesekali tidak mencipta undang-undang menurut hawa nafsu mereka.


    2.    Mereka telah melalui proses Tarbiyyah (didikan) dan Tazkiyyah (pembersihan) jiwa dalam jangka masa yang lama di bawah pimpinan Rasulullah SAW hingga lahir sifat-sifat terpuji. Jawatan dan tugas disifatkan sebagai amanah dan ujian daripada Allah SWT, bukan kemegahan atau kebanggaan.


    3.    Perkhidmatan mereka Lillah (kerana Allah SWT), tidak kerana yang lain. Mereka bekerja untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan hanya kepada Allah SWT semata-mata. Kemuliaan hanya bagi orang-orang yang bertaqwa.


    4.    Mereka membina tamaddun yang saleh meliputi kemajuan rohani,  jasmani dan aqli. Semua bidang hidup dikuasai oleh nilai dan akhlak Islam, meliputi bidang pentadbiran, ekonomi, sosial dan politik.


    Sehubungan dengan itu juga, Prof. Muhammad Qutb, pernah menjelaskan bahawa dasar hidup mereka dibina di atas kata-kata Allah SWT. Firman Allah SWT:


    “Mereka mengabdikan diri kepadaKu dan tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu apa pun.”- Surah an-Nur: ayat 55
    Erti memperhambakan diri kepada Allah SWT itu, menurut tafsirannya, ialah tetap berjalan di atas sistem peraturan Allah SWT. Inilah manhaj yang diguna pakai oleh mereka dalam semua bidang kehidupan.
    Demikianlah gambaran umum mengenai Jama’ah Islam yang hidup menjunjung perintah-perintah Allah SWT yang disifatkan oleh Allah SWT sebagai umat terbaik dan menjadi model untuk seluruh manusia.

Jun 20, 2012

Kenali Pemain Pilihan Anda !!



EURO 2012!! 


EURO 2012 terasa bahangnya apabila kedai mamak yang terletak dibelakang Mahallah Aisyah dipenuhi dengan pelanggan yang tidak sabar ingin menonton perlawanan bola sepak daripada pasukan kegemaran mereka. Seronok sungguh mereka. TAPI!! Tepat sahaja jam 12 malam,penghuni-penghuni Mahallah Aisyah terpaksa bersabar dengan bunyi-bunyi sorakan & teriakan manusia-manusia ini. " GOAL!!! LoRH!!! Alamak!! YEaH!!! " (*Macam2 ada*) Kami yang duduk di Mahallah Aisyah ini terpaksalah tunggu sampai jam 3 pagi,barulah tenang sikit. Fuhh!! Alhamdulillah. Mungkin ini bantuan dari Allah untuk kejutkan kami supaya bangun QIAM!! Tapi alamatnya sampai ke akhir tak bangun-bangun QIAM.. Ishh3!! Istighfar3..


Untuk post kali ini, ana nak tunjuk pada sahabat-sahabat antara pemain-pemain bola sepak yang berAGAMA ISLAM!! Jom kenali PEMAIN kesayangan anda!! ^__^



1.Ibrahim Afellay

No jersi: 20

Posisi: Tengah menyerang / penyerang kedua

Tarikh Lahir: 2 April 1986

Negara: Belanda (berketurunan Maghribi)



2. Robin Van Persie

No Jersi: 7

Posisi: Penyerang /Sayap Kiri

Tarikh Lahir: 6 Ogos 1983

Negara: Belanda

(Memeluk agama Islam selepas tertarik dengan rakan-rakan berketurunan Maghribi ketika kecil dan isteri)



3. Khalid Boulahrouz

No Jersi: 21

Posisi: Bek Kanan / Bek Tengah

Tarikh Lahir: 28 Disember 1981

Negara: Belanda (berketurunan Maghribi)



4. Samir Nasri

No Jersi: 11

Posisi: Tengah Menyerang

Tarikh Lahir: 26 Jun 1987

Negara: Perancis ( berketurunan Algeria)



5. Karim Benzema

No Jersi :9

Posisi: Penyerang

Tarikh Lahir: 19 Disember 1987

Negara: Perancis (berketurunan Algeria)



6. Lassana Diarra

No Jersi: 21

Posisi: Tengah Bertahan

Tarikh Lahir: 10 Mac 1985

Negara: Perancis (berketurunan Mali)



7. Frank Ribery

No Jersi: 22

Posisi: Sayap Kanan

Tarikh Lahir: 7 April 1983

Negara: Perancis (mempunyai isteri yang berketurunan Algeria)



8. Nicolas Anelka

No Jersi: 8

Posisi: Penyerang

Tarikh Lahir: 14 Mac 1979

Negara: Perancis (memeluk agama Islam)



9. Eric Abidal

No Jersi: 3

Posisi: Pertahanan Kiri

Tarikh Lahir: 11 September 1979

Negara: Perancis



10. Lilian Thuram

No Jersi: 15

Posisi: Pertahanan Tengah / Kanan

Tarikh Lahir: 1 Januari 1972

Negara: Perancis



11. Zlatan Ibarahimovic

No Jersi : 10

Posisi: Penyerang

Tarikh Lahir: 3 Oktober 1981

Negara: Sweden ( Ibubapa berketurunan Bosnia)



12. Rami Shaaban

No Jersi: 12

Posisi: Penjaga Gol

Tarikh Lahir : 3 Oktober 1981

Negara: Sweden (Berketurunan Mesir)



13. Hakan Yakin

No Jersi: 10

Posis: Tengah Menyerang

Tarikh Lahir: 22 Februari 1977

Negara: Switzerland (Berketurunan Turki)



14. Ramazan Ozcan

No Jersi: 23

Posisi: Penjaga Gol

Tarikh Lahir: 28 Jun 1984

Negara: Austria (Berketurunan Turki)



15. Umit Korkmaz

No Jersi: 11

Posisi: Sayap Kanan / Kiri

Tarikh Lahir: 17 September 1985

Negara: Austria (Berketurunan Turki)


*Setakat itu sahaja perkongsian. Andai ada yang tersilap, boleh la bagitahu ye, Terima kasih. ^__^


Jun 14, 2012

TA'ARUF WEEK


TA'ARUF WEEK
FOR
NEW INTAKE STUDENTS
2012/2013

FROM

SECURITY & TRANSPORTATION
(SEnTRA)





Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra


SEnTRA 2012/2013


(Penat lelah Kak Lily bagi memastikan adik-beradik SEnTRA bertenaga)
*UNIT BACK-UP*


(Membanting tulang bagi memastikan barang-barang adik2 sampai ke Mahallah)
*Fakhrul Radzi & the Geng*



Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua


(Angkut barang adik-adik menggunakan van UIAM)
*Mohamad Kamal*



(Siapa kata perempuan tak boleh jaga trafik,,huhu, ini buktinya)


(Rasanya kami security & transportation tapi
 INFORMATION CENTRE 
adalah salah satu bidang kerja kami,,hehe)



(Kerjasama dengan RDW)
*Abg Long masuk Abg Long* 


(Sketsa ketika sesi fotografi)



(Salah satu musabbab terpilihnya kami dalam SEnTRA adalah SENYUMAN)
*Senyum,,Tak perlu kata apa-apa*



(Macam-macam kerenah adik-beradik SEnTRA)



( Barisan Saff Kepimpinan SEnTRA)



(KONVOKESYEN SEnTRA)



Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi 
.....SAHABAT....


(Adik-beradik GnD)
*Farahi Arif*



(Head SEnTRA bertungkus lumus bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar)
*Bro. Na'im*



 (Barisan Saff Kepimpinan SEnTRA)



Masih segar di ingatan ku sentiasa 
Kenangan menggamit rasa 
Tempuhi onak dan duri 
Itulah yang diharungi 
*Panglima Anothai*


Perjalanan kita masih panjang
walau terpisah takkan pernah mengalah
kerna kau selalu hidup dalam kenanganku
tempat bersandar cerita dan teman liburku



Sahabat..
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara..



(Terbaik dari SEnTRA)
*Mohamad Zaki*



(Post Mortem & "Sedikit Tazkirah" di London Bridge)



(Malam akhir WELCOMING & BAI'AH CEREMONY bersama SEnTRA)



(F.I.S YES!!)
*Panglima Anothai*



(Kerete KHAS milik SEnTRA)

p/s :

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir
-----------------------------------------------------------------------
Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...
------------------------------------------------------------
sahabat dengarkan luahan 
kesyukuran kerna tuhan 
telah menemukan 
aku dengan sepertimu

tidak ku memilih teman 
tapi padamu ada keistimewaan
saatku dihimpit kebuntuan
ternyata dirimu membawa keceriaan

kaulah yang mengajarkan padaku
erti hidup penuh keikhlasan
kau yang telah mengenalkan padaku
nilai sebuah persahabatan

kau setia di sisi sentiasa 
fahami maksud di hati
kau jujur bicara tanpa sakiti
bila menyatakan dimana kesilapan ku ini
-------------------------------------------------------------------------
~ KENANGAN DARI SEnTRA ~

Jun 12, 2012

Utamakan Pandangan Allah dari Pandangan Manusia

~Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

Muqaddimah :

Post kali ini membicarakan mengenai diri kita yang sering melihat kepada pandangan manusia lebih dari pandangan Allah s.w.t. Jadi untuk post kali ini saya ingin berkongsi satu kisah dengan sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah mengenai Luqman Al-Hakim. Jika ada yang salah @ silap mengenai post yang saya terbitkan ini,maka tegurlah saya. Credit to: Sahabat UIA,IHSAN,AL-MUNIRAH,TOK SIRA, & sahabat-sahabat di Media eletronik (FB,TWITTER,BLOGGER & sebagainya)

Tersebutlah kisah :

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata;

“Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”.

Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula;

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi;

“Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”.

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata;

“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”.

Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya;

“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu”

p/s: Syukran kathir atas luangan masa untuk membaca, ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...