Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran serta
nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Aug 11, 2012

Jihad Melawan Hawa Nafsu

Seorang pemuda datang kepada seorang sheikh dan bertanya kepada sheikh itu:

"Aku seorang pemuda yg masih lagi muda dan keinginan-keinginanku tersangat banyak, dan aku tidak mampu untuk menghalang diriku dari melihat kepada manusia dan kepada wanita-wanita di pasar. Apakah yg patut aku lakukan?"

Kemudian sheikh itu memberikan kepada pemuda itu ...
Segelas susu yg penuh sehingga ke bibir gelas dan memberikan pesanan kepadanya supaya dia sampaikan gelas itu kepada suatu tempat tertentu dengan melalui pasar itu tanpa air susu itu tertumpah sedikit pun.

Dan sheikh itu memanggil seorang daripada pelajarnya untuk menemaninya dalam perjalanan itu dan sheikh menyuruh pelajarnya itu memukul pemuda itu di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.

Dan kemudiannya, pemuda itu sungguh dapat menghantar segelas susu itu ke tempat yg dikendaki tanpa tertumpahnya air susu itu.

Dan apabila sheikh itu bertanya kepada pemuda itu:

"Berapa banyakkah pemandangan dan berapa banyakkah wanita muda yg kamu lihat dalam perjalanan itu?"

Pemuda itu menjawab:

"Wahai sheikhku, aku tidak pernah melihat mana-mana pemandangan yg indah, aku hanya takut dipukul atau dimalukan di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu."

Kemudian sheikh itu berkata:

"Dan demikianlah keadaannya orang yg beriman. Orang yg beriman takutkan Allah dan takutkan kehinaan pada hari kiamat apabila dia melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg beriman yg menjaga diri mereka dari melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg sentiasa menumpukan perhatian mereka pada "HARI KIAMAT"."

Aug 5, 2012

:: Permata Antara Kaca ::



Permata antara kaca…

Lihatlah panorama dunia,
Wanita bagaikan hilang rasa malunya,
Maruah yang menjadi maharnya,
Tergadai sia bagai tiada berharga,

Dimanakah budinya dimanakah akhlaknya,
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya,
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati,
Kehormatan diri tidak dipeduli,

Oh… wanita kembali menginsafi,
Kepada asal fitrah kejadianmu,
Diciptakan untuk dihormati,
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta,

Kembali kepada-Nya, juga pada rasul-Nya,
Pasti dihadirkan taufik dan hidayah-Nya,
Wanita….

Dimanakah budinya dimanakah akhlaknya,
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya,
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati,
Kehormatan diri tidak dipeduli,

Kembalilah kearah kemuliaan,
Contohi peribadi umul mukminin,
Rasulullah dijadikan suami,
Tertawan kerna keluhuran pekerti,

Bukan kerana harta,
Bukan kerana nama,
Tapi kerana budi yang disanjungi,
Kembalilah…

Wanita perhiasan dunia,
Bagai kilau permata diantara kaca,
Sayangnya makin pudar cahaya,
Hingga tiada lagi beza diantaranya…

Jul 11, 2012





4 pagi

bangun tidur.mulakan hari dengan doa.

"segala puji-pujian bagi Allah yang telah menghidupkan aku selepas mematikan aku dan kepadaNya aku akan dikembalikan".

niatkan dalam hati untuk melakukan sebanyak-banyak kebaikan. mandi,wudhu' dan berpakaian bersih untuk beribadat.



4.20 pagi

mulakan solat sunat taubat dengan berniat,

"sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala".

Dalam rakaat pertama baca al-fatihah dan al-kafirun ; rakaat kedua baca al-fatihah dan al-ikhlas. susuli dengan doa memohon keampunan.

solat sunat tahajjud, dengan niat,

"sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala".

rakaat pertama baca al-fatihah dan al-kafirun ; rakaat kedua baca al-fatihah dan al-ikhlas.

Akhiri solat dengan doa.


solat sunat hajat dengan niat,
"sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala".
rakaat pertama baca al-fatihah dan ayatul kursi ; rakaat kedua baca al-fatihah dan al-ikhlas 11x.
sujud akhir baca la'ila ha'illa anta subhanaka inni kuntuminazzolimin...


solat sunat witir,
"sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala".
selesai solat 2 rakaat,tambahkan 1 rakaat witir,susuli dengan doa keampunan.







5.30 pagi

menunggu masuk waktu subuh dengan tadarrus al-qur'an atau selawat.mulakan solat subuh dengan solat sunat qabliyah. seeloknya lakukan solat berjemaah,berzikir dan menyambung tadarrus hingga terbit matahari.


7 pagi

persiapan ke tempat kerja atau tempat belajar. mulakan langkah dengan Bismillah dan niat yang betul.mulakan kerja dengan Bismillah juga.banyakkan berselawat,berzikir dan ber istighfar.elakkan dosa,seperti berbual kosong yang tidak berfaedah,mengumpat,menyindir dan menyakitkan hati orang lain.


8.30 pagi

solat sunat dhuha, dengan niat,
"sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah taala".


1.30 tghari

lakukan solat sunat qabliyah,solat zohor disusuli solat sunat ba'diyyah.kembali menyambung tugas.

4.30 petang

mulakan solat qabliyyah disusuli solat asar.


7.15 petang


Sunat qabliyyah,solat maghrib dan solat ba'diyyah.(sesetengah ulama' berpendapat,tidak perlu solat sunat ba'diyyah selepas solat maghrib).

8.30 malam

solat sunat qabliyyah,solat 'isya', solat ba'diyyah

11 malam.

banyakkan istighfar sebelum tidur. tidur awal untuk memudahkan bangun esoknya..

INSHAALLAH.. ISTIQOMAH!!

SELAMAT MENCUBA......





Jul 4, 2012

:: SYRIA ::


بسم الله الرحمن الرحيم

Cuba kita bayangkan, adik perempuan atau kakak kita, dirogol dihadapan mata kita. Apakah perasaan kita disaat itu? Cuba bayangkan, seandainya, ayah dan ibu kita disepak terajang dihadapan kita. Apakah kita tegar untuk kita melihat mereka dilakukan sedemikian rupa?
Inilah fenomena yang berlaku hampir setiap hari di Syria. Tangisan, raungan, kesedihan, kesakitan, keperitan dan seumpamanya terus menerus berlaku tanpa henti. Ayah kehilangan anak, isteri kehilangan suami, adik kehilangan abang. Namun jihad harus diteruskan oleh mereka. Namun, dimanakah peranan kita, sebagai umat islam? Kita berbangga dengan bilangan umat islam yang dikatakan setiap hari semakin bertambah. Kita berbangga apabila dikatakan, umat islam mempunyai bilangan kedua terbanyak. Namun, dimanakah kesatuan? Dimanakah keberanian? Dimanakah kekuatan? Dimanakah bantuan yang harus kita salurkan pada mereka yang memerlukan? Isu palestin belum pun selesai, diekori pula dengan isu Syria. Dimana peranan kita?

Adakah dengan menunjukkan kadar peningkatan pembuangan bayi membuktikan itu saluran bantuan kita kepada Syria? Adakah dengan menunjukkan kadar kelahiran bayi tanpa nama si bapa atau lebih tepat anak luar nikah membuktikan kita benar-benar bersedia untuk membantu Syria dan Palestin? Adakah dengan meningkatnya jumlah Mat-Mat Rempit membuktikan kita mempunyai bala tentera sehebat Sultan Al-Fatih? 

Adakah dengan suasana politik yang penuh dengan korupsi, politik wang, rasuah dan sewaktu dengannya membuktikan kerajaan kita mampu membantu Syria dan Palestin? Renung-renungkanlah.
  
Benarlah kata-kata Nabi Muhammad sejak sekitar lebih 1400 tahun yang lalu lagi, mengenai penyakit yang sedang menimpa umat akhir zaman :

Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a pun bertanya, “ Apakah ketika itu umat islam telah lemah dan musuh sangat kuat ? ”

Sabda baginda S.A.W :
Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi, “ Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut ? ”
Jawab Rasulullah s.a.w :
Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-wahn.”

Sahabat bertanya lagi, “ Apakah penyakit al-wahn ? ”

Rasulullah S.A.W bersabda :
Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Fakta menunjukkan, di Syria rakyatnya terdiri daripada 6 % darinya merupakan Syiah Alawie, 10 % darinya beragama kristian manakala 84 % daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Peratusan ini cukup mengejutkan saya, kerana kalau ikut logik akal yang terhad pada diri saya yang lemah ini, amat pelik sekiranya jumlah umat islam yang sebegitu ramai ditindas oleh golongan syiah yang jauh terpesong dari islam itu. Dimanakah silapnya? Dimanakah puncanya? Maka, fakta ini secara automatiknya membenarkan malah menguatkan lagi hadis baginda Nabi Muhammad seperti di atas. Dikatakan, selepas Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada tahun 1945, pihak kerajaan Perancis sudah pun merancang untuk menghancurkan islam melalui rancangan kesan jangka masa panjang iaitu dengan membentuk satu kerajaan baru Syria yang dipimpin oleh Golongan Syiah, yang merupakan kumpulan minoriti di Syria pada saat itu. Ternyata, rancangan keji dan jahat Perancis itu berjaya sama sekali.

Pada tahun 1982, berlaku satu peristiwa berdarah yang menyebabkan rakyat Syria khususnya Muslim Sunni berada dalam ketakutan. Peristiwa yang berlangsung selama 27 hari, telah mengorbankan hampir 46000 penduduk di Hama dek kerana kekejaman Hafez Al-Assad bapa kepada Bashar Al-Assad, syaitan yang bertopengkan manusia. Namun, kekejaman keluarga Assad itu tidak menemui titik nokhtah, apabila Bashar Al-Assad menjejaki kejahatan dan kekejaman bapanya itu.
  
Sahabat seakidah sekalian,
Apakah kita benar-benar mengenali atau memahami konsep syukur seadanya ? Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah masih memberikan peluang kepada kita untuk merasai nikmat keamanan. Namun, apakah kita benar-benar membalas kenikmatan Allah itu dengan sewajarnya? Allah sekadar meminta kita melakukan apa yang diperintahkan-Nya, menjauhi perkara yang dilarang-Nya dan sabar dengan musibah yang diturunkan kepada kita. Namun, kita alpa. Kita tidak bersyukur dengan nikmat Allah. Nikmat kedamaian disalah erti dan disalah gunakan oleh kita. Segala jenis maksiat terus menerus berlaku dengan bermaharaja lela di tanah air kita dan juga diri kita sendiri. Senarailah sebanyak mana maksiat, pasti semuanya ada di dalam diri kita mahupun di tanah air kita. Cuba kita renungkan apa yang terjadi di Syria pada masa kini :

1. Muslim dipaksa mengucapkan “Tiada Tuhan Melainkan Bashar Asad.” (semoga kau dilaknati ALLAH, Bashar Assad !!! Sungguh aku lebih rela mati daripada mengucapkan kalimah kufur itu.Aku hanya mendambakan kalimat tauhid yang mengagungkan Tuhan aku, ALLAH S.W.T )

Bersyukurlah kerana kita masih berpeluang mengucapkan kalimah tauhid, Laa Ilah Ha’illAllah tanpa sebarang kesulitan tanpa dibayar dengan tembakan sebutir peluru pun ke arah kepala kita. Namun mengapakah kita masih memilih untuk mencarut kepada rakan-rakan kita mahupun sewaktu dalam kehidupan seharian kita?

2. Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Wanita ini dirogol dihadapan abang-abang, ayah, anak-anak dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

Bersyukurlah wahai wanita sekalian kerana anda masih berada di zon selamat. Namun mengapakah masih ada wanita sukar untuk memahami kosep syukur apabila masih ada yang memakai pakaian yang menjolok mata umpama meletakkan diri dalam kancah yang boleh merosakkan maruah anda? Tidak kurangnya, mengapa masih ada wanita yang berani keluar pada waktu malam tanpa musyrif? ( Promote JAKSI). Wanita muslimah sekalian, jagalah diri anda dan bersyukurlah dengan keadaan yang masih boleh dikatakan selamat sebelum terlewat.

3. Ditembak apabila keluar dari masjid.

Bersyukurlah wahai diriku sendiri dan juga para sahabat sekalian. Kita dijemput oleh Allah ke rumah-Nya 5 kali sehari tanpa penembak tepat (sharp shooter) dengan bersenjatakan sniper yang setia menunggu untuk menembak dahi kita. Namun, mengapa kita cukup sukar mengecewakan dan melawan syaitan dari terus menyambung tidur di kala subuh hari?
Hati ini, terus bermonolog, apakah yang mampu aku lakukan untuk menyelamatkan saudara seagamaku di Syria dan Palestin. Anda pula, apakah yang anda mampu lakukan dan yang telah anda lakukan? Tengok movie? Tengok Cerita Korea? Tengok Running Man? Tengok Glee? Makan,Tidur dan Study? Tepuk dada, tanya iman.

Memetik kata-kata Imam Hassan Al-Basri,
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri…..” wallahualam.

Oleh:
Khairul Anwar bin Razali
Tahun 3 Universiti Ain Shams

Jul 3, 2012

:: Rindu kepada insan yang bergelar IBU ::



Suatu saat dan ketika, hati terasa ingin bercakap dengan Ummi..

Hanset terus dicapai bagi menunaikan hasrat..

Nombor didail..

Aku : "Assalamualaikum..De.." 

Kakak : "Waalaikumussalam"

Aku : De,nak cakap dengan mak..

Kakak : Mak takde suara nak cakap.. Kenapa nak cakap apa?

Aku :Emm,xpela. Nak cakap je. Mak tak yah cakap. 

Lepas suara Ummi kedengaran.. Air mata terus menitis.. 

Suara yang biasa ku dengari ketika menasihatiku tatkala ku leka dan suara yang menegur ku tatkala aku 

melakukan kesilapan sudah samar-samar tidak kedengaran.. 

Suara Ummi membuatkan ku rasa sangat sebak..Tak sempat untuk ku bertanya khabar dan 

meneruskan ucapan, perasaan tidak dapat ku tanggung lagi.. Tangisan demi tangisan dititiskan.. 

Rasa malu sangat menitiskan airmata depan roomate2 yang lain. Apabila tak mampu untuk teruskan kata-

kata, hanset ku terus dimatikan.



Ummi..Abi.. Balqis rindu sangat dengan Ummi & Abi..

Tapi.. Balqis tak dapat nak telefon Ummi & Abi selalu..

Bila Balqis telefon, mesti perasaan Balqis tak dapat dikawal..

Balqis tak tahu macam mana nak tanya khabar Abi sihat @ tidak..

Sebab Balqis takut Abi terasa bila Balqis tanya Abi sihat @ tidak, sedangkan Balqis tahu Abi baru lepas 

pembedahan.. Tapi percayalah... Balqis sangat merindui untuk cium pipi Abi & Ummi..

Abi & Ummi segala-galanya untuk Balqis..

Balqis Sayang Abi & Ummi......





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...