Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran serta
nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Aug 11, 2012

Jihad Melawan Hawa Nafsu

Seorang pemuda datang kepada seorang sheikh dan bertanya kepada sheikh itu:

"Aku seorang pemuda yg masih lagi muda dan keinginan-keinginanku tersangat banyak, dan aku tidak mampu untuk menghalang diriku dari melihat kepada manusia dan kepada wanita-wanita di pasar. Apakah yg patut aku lakukan?"

Kemudian sheikh itu memberikan kepada pemuda itu ...
Segelas susu yg penuh sehingga ke bibir gelas dan memberikan pesanan kepadanya supaya dia sampaikan gelas itu kepada suatu tempat tertentu dengan melalui pasar itu tanpa air susu itu tertumpah sedikit pun.

Dan sheikh itu memanggil seorang daripada pelajarnya untuk menemaninya dalam perjalanan itu dan sheikh menyuruh pelajarnya itu memukul pemuda itu di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu.

Dan kemudiannya, pemuda itu sungguh dapat menghantar segelas susu itu ke tempat yg dikendaki tanpa tertumpahnya air susu itu.

Dan apabila sheikh itu bertanya kepada pemuda itu:

"Berapa banyakkah pemandangan dan berapa banyakkah wanita muda yg kamu lihat dalam perjalanan itu?"

Pemuda itu menjawab:

"Wahai sheikhku, aku tidak pernah melihat mana-mana pemandangan yg indah, aku hanya takut dipukul atau dimalukan di hadapan orang ramai apabila tertumpahnya air susu itu."

Kemudian sheikh itu berkata:

"Dan demikianlah keadaannya orang yg beriman. Orang yg beriman takutkan Allah dan takutkan kehinaan pada hari kiamat apabila dia melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg beriman yg menjaga diri mereka dari melakukan maksiat. Merekalah orang-orang yg sentiasa menumpukan perhatian mereka pada "HARI KIAMAT"."

Aug 5, 2012

:: Permata Antara Kaca ::



Permata antara kaca…

Lihatlah panorama dunia,
Wanita bagaikan hilang rasa malunya,
Maruah yang menjadi maharnya,
Tergadai sia bagai tiada berharga,

Dimanakah budinya dimanakah akhlaknya,
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya,
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati,
Kehormatan diri tidak dipeduli,

Oh… wanita kembali menginsafi,
Kepada asal fitrah kejadianmu,
Diciptakan untuk dihormati,
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta,

Kembali kepada-Nya, juga pada rasul-Nya,
Pasti dihadirkan taufik dan hidayah-Nya,
Wanita….

Dimanakah budinya dimanakah akhlaknya,
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya,
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati,
Kehormatan diri tidak dipeduli,

Kembalilah kearah kemuliaan,
Contohi peribadi umul mukminin,
Rasulullah dijadikan suami,
Tertawan kerna keluhuran pekerti,

Bukan kerana harta,
Bukan kerana nama,
Tapi kerana budi yang disanjungi,
Kembalilah…

Wanita perhiasan dunia,
Bagai kilau permata diantara kaca,
Sayangnya makin pudar cahaya,
Hingga tiada lagi beza diantaranya…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...