Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran serta
nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Apr 13, 2011

DIMANA CANTIKNYA SEORANG WANITA... ?


DI MANA CANTIKNYA SEORANG WANITA... ??


Mungkin pada sepasang matanya yanh hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadangkala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi ibu, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak..

Atau mungkin pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun kecantikan yang dimiliki akhirnya pudar juga dimakan usia. Kulit akan berkedut, rambut akan beruban, mata akan rabun. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia iaitu sifat keperempuanan yang dihiasi dengan iman dan taqwa.

Anda ingin lebih CANTIK???

  • Jadikan ghadhul basar (menundukkan pandangan ) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya ia akan menjadi semakin bening dan jernih.

  • Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

  • Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang diperbuat dari rasa malu yang dibuat di salon iman.

  • Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

  • Hiasilah rambut anda dengan "selendang Islami" yang akan menutup pandangan lelaki yang membahayakan.

  • Hiasilah kedua tangan anda dengan "gelang tawadhu" dan jari-jari anda dengan "cincin ukhuwah"

  • Bedaklah wajah anda dengan air wudhu' nescaya ia akan bercahaya di akhirat kelak..

p/s: Inshaallah lepas ni pasti berseri-seri muka kita.. hehe :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...