Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran serta
nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Jul 4, 2012

:: SYRIA ::


بسم الله الرحمن الرحيم

Cuba kita bayangkan, adik perempuan atau kakak kita, dirogol dihadapan mata kita. Apakah perasaan kita disaat itu? Cuba bayangkan, seandainya, ayah dan ibu kita disepak terajang dihadapan kita. Apakah kita tegar untuk kita melihat mereka dilakukan sedemikian rupa?
Inilah fenomena yang berlaku hampir setiap hari di Syria. Tangisan, raungan, kesedihan, kesakitan, keperitan dan seumpamanya terus menerus berlaku tanpa henti. Ayah kehilangan anak, isteri kehilangan suami, adik kehilangan abang. Namun jihad harus diteruskan oleh mereka. Namun, dimanakah peranan kita, sebagai umat islam? Kita berbangga dengan bilangan umat islam yang dikatakan setiap hari semakin bertambah. Kita berbangga apabila dikatakan, umat islam mempunyai bilangan kedua terbanyak. Namun, dimanakah kesatuan? Dimanakah keberanian? Dimanakah kekuatan? Dimanakah bantuan yang harus kita salurkan pada mereka yang memerlukan? Isu palestin belum pun selesai, diekori pula dengan isu Syria. Dimana peranan kita?

Adakah dengan menunjukkan kadar peningkatan pembuangan bayi membuktikan itu saluran bantuan kita kepada Syria? Adakah dengan menunjukkan kadar kelahiran bayi tanpa nama si bapa atau lebih tepat anak luar nikah membuktikan kita benar-benar bersedia untuk membantu Syria dan Palestin? Adakah dengan meningkatnya jumlah Mat-Mat Rempit membuktikan kita mempunyai bala tentera sehebat Sultan Al-Fatih? 

Adakah dengan suasana politik yang penuh dengan korupsi, politik wang, rasuah dan sewaktu dengannya membuktikan kerajaan kita mampu membantu Syria dan Palestin? Renung-renungkanlah.
  
Benarlah kata-kata Nabi Muhammad sejak sekitar lebih 1400 tahun yang lalu lagi, mengenai penyakit yang sedang menimpa umat akhir zaman :

Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a pun bertanya, “ Apakah ketika itu umat islam telah lemah dan musuh sangat kuat ? ”

Sabda baginda S.A.W :
Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi, “ Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut ? ”
Jawab Rasulullah s.a.w :
Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-wahn.”

Sahabat bertanya lagi, “ Apakah penyakit al-wahn ? ”

Rasulullah S.A.W bersabda :
Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Fakta menunjukkan, di Syria rakyatnya terdiri daripada 6 % darinya merupakan Syiah Alawie, 10 % darinya beragama kristian manakala 84 % daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Peratusan ini cukup mengejutkan saya, kerana kalau ikut logik akal yang terhad pada diri saya yang lemah ini, amat pelik sekiranya jumlah umat islam yang sebegitu ramai ditindas oleh golongan syiah yang jauh terpesong dari islam itu. Dimanakah silapnya? Dimanakah puncanya? Maka, fakta ini secara automatiknya membenarkan malah menguatkan lagi hadis baginda Nabi Muhammad seperti di atas. Dikatakan, selepas Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada tahun 1945, pihak kerajaan Perancis sudah pun merancang untuk menghancurkan islam melalui rancangan kesan jangka masa panjang iaitu dengan membentuk satu kerajaan baru Syria yang dipimpin oleh Golongan Syiah, yang merupakan kumpulan minoriti di Syria pada saat itu. Ternyata, rancangan keji dan jahat Perancis itu berjaya sama sekali.

Pada tahun 1982, berlaku satu peristiwa berdarah yang menyebabkan rakyat Syria khususnya Muslim Sunni berada dalam ketakutan. Peristiwa yang berlangsung selama 27 hari, telah mengorbankan hampir 46000 penduduk di Hama dek kerana kekejaman Hafez Al-Assad bapa kepada Bashar Al-Assad, syaitan yang bertopengkan manusia. Namun, kekejaman keluarga Assad itu tidak menemui titik nokhtah, apabila Bashar Al-Assad menjejaki kejahatan dan kekejaman bapanya itu.
  
Sahabat seakidah sekalian,
Apakah kita benar-benar mengenali atau memahami konsep syukur seadanya ? Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah masih memberikan peluang kepada kita untuk merasai nikmat keamanan. Namun, apakah kita benar-benar membalas kenikmatan Allah itu dengan sewajarnya? Allah sekadar meminta kita melakukan apa yang diperintahkan-Nya, menjauhi perkara yang dilarang-Nya dan sabar dengan musibah yang diturunkan kepada kita. Namun, kita alpa. Kita tidak bersyukur dengan nikmat Allah. Nikmat kedamaian disalah erti dan disalah gunakan oleh kita. Segala jenis maksiat terus menerus berlaku dengan bermaharaja lela di tanah air kita dan juga diri kita sendiri. Senarailah sebanyak mana maksiat, pasti semuanya ada di dalam diri kita mahupun di tanah air kita. Cuba kita renungkan apa yang terjadi di Syria pada masa kini :

1. Muslim dipaksa mengucapkan “Tiada Tuhan Melainkan Bashar Asad.” (semoga kau dilaknati ALLAH, Bashar Assad !!! Sungguh aku lebih rela mati daripada mengucapkan kalimah kufur itu.Aku hanya mendambakan kalimat tauhid yang mengagungkan Tuhan aku, ALLAH S.W.T )

Bersyukurlah kerana kita masih berpeluang mengucapkan kalimah tauhid, Laa Ilah Ha’illAllah tanpa sebarang kesulitan tanpa dibayar dengan tembakan sebutir peluru pun ke arah kepala kita. Namun mengapakah kita masih memilih untuk mencarut kepada rakan-rakan kita mahupun sewaktu dalam kehidupan seharian kita?

2. Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Wanita ini dirogol dihadapan abang-abang, ayah, anak-anak dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

Bersyukurlah wahai wanita sekalian kerana anda masih berada di zon selamat. Namun mengapakah masih ada wanita sukar untuk memahami kosep syukur apabila masih ada yang memakai pakaian yang menjolok mata umpama meletakkan diri dalam kancah yang boleh merosakkan maruah anda? Tidak kurangnya, mengapa masih ada wanita yang berani keluar pada waktu malam tanpa musyrif? ( Promote JAKSI). Wanita muslimah sekalian, jagalah diri anda dan bersyukurlah dengan keadaan yang masih boleh dikatakan selamat sebelum terlewat.

3. Ditembak apabila keluar dari masjid.

Bersyukurlah wahai diriku sendiri dan juga para sahabat sekalian. Kita dijemput oleh Allah ke rumah-Nya 5 kali sehari tanpa penembak tepat (sharp shooter) dengan bersenjatakan sniper yang setia menunggu untuk menembak dahi kita. Namun, mengapa kita cukup sukar mengecewakan dan melawan syaitan dari terus menyambung tidur di kala subuh hari?
Hati ini, terus bermonolog, apakah yang mampu aku lakukan untuk menyelamatkan saudara seagamaku di Syria dan Palestin. Anda pula, apakah yang anda mampu lakukan dan yang telah anda lakukan? Tengok movie? Tengok Cerita Korea? Tengok Running Man? Tengok Glee? Makan,Tidur dan Study? Tepuk dada, tanya iman.

Memetik kata-kata Imam Hassan Al-Basri,
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diriku sendiri…..” wallahualam.

Oleh:
Khairul Anwar bin Razali
Tahun 3 Universiti Ain Shams

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...