Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran serta
nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Oct 3, 2011

Surat Dari Zaujah Solahuddin Al-Ayubi buat Diriku

Assalamualaikum w.b.t...
Hai..
Sahabat yang sentiasa dalam doaku...InsyaAllah..

Kadang kala Allah hilangkan mentari, Kemudian Dia datangkan hujan, Puas kita menangis mencari di mana mentari kita, rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..

Firstly, kami nak minta maaf banyak2x atas segala salah dan silap kami selama bersahabat dengan ampa. Minta maaf pasal $@#%^^, cakap kasar, melawak tak kena tempat atau segala2xnya yang bisa menaikkan kemarahan ampa. Ana asifah jiddan. Ha, yang kami duk cerita kat ampa mcm2x tu, harap ampa tak cerita kat orang lain noh.. KEEP IT SECRET!! Saja nak kongsi pengalaman..hehe.. Balik nanti, jangan lupa peranan kita sebagai muslimah mukminah.. Buat apa yang Allah dan Nabi suruh buat.. InshaAllah.. YOU WILL BE THE BEST!!.. Cuba penuhi hari2x kita dengan taklifat2x ni.. Kami panggil " TAKLIFAT MUJAHIDAH "


  • Puasa Sunat
  • Solat Jemaah
  • Solat Sunat Rawatib
  • Qiyamullail ( Paling kurang Tahajjud 1x )
  •  Solat Dhuha
  • Baca Al Quran
  • Ma'thurat
  • Al-Mulk

Buatlah setakat yang termampu. Jadi hamba Allah yang solehah.. Maaflah kalau ampa tak suka kami cakap benda2x ni.. Tapi kami suka cakap pasal perkara2x ni kat sahabat2x kami.. TIADA TEMAN SEHEBAT ALLAH DAN RASULNYA.. Kalau kami ada buat salah, tolong tegur, jangan simpan, bagi tahu je.. Kami sentiasa mengharapkan ada orang yang tegur setiap kesalahan yang kami buat. Sentiasalah berpesan ke arah kebaikan yea..

Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah.. Hari ini kita bersahabat, esok kita bersahabat, dan selamanya kita bersahabat. Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini, ku tetap mengharapkan kita bersahabat, diri ini mengharapkan kita sama2x selamat sampai ke sana.. SYURGA ABADI.. Nanti bila dekat PJ nanti, mungkin kita dah tak duduk sekali dah kan..bila tak duduk sekali, maka jaranglah kita berjumpa..but it's ok.. Pastikan pertemuan kali ini dapat membawa kita menuju ke syurga.. Jaga diri baik2x.. Nak bercinta pun..bercintalah... Yang pasti ikut syariat...hehe.. Kalau dah bercinta ni, sangat susah nak mujahadah... syaitan sentiasa nak cari peluang untuk menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan tanpa kita sedari.. sekadar peringatan... :)..Jangan marah yea..hehe

Akhir kalam...sedikit peringatan untuk diri ini dan sahabat yang dicintai kerana Allah ini.. Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita jalani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari2x yang kita lalui, jangan pernah berhenti mengharap pada pertolongan Illahi.. Jangan pernah berhenti berdoa kepada Rabbi keran harapan adalah masa hadapan, kerana harapan adalah sumber kekuatan, kerana doa adalah pintu kebaikan dan kerana doa adalah senjata orang yang beriman..

TIADA TEMAN SEHEBAT ALLAH DAN RASULNYA
BE THE BEST MUKMINAH AMONG THE BEST MUKMINAH 

*p/s : Terima kasih sahabat..diatas surat yang cukup bermakna.. Semoga ikatan antara kita akan kekal selama-lamanya..

From : Zaujah Solahuddin Al-Ayubi
To     : Zaujah Sultan Muhammad Al Fateh

                             





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...