Oct 7, 2011
:: ZIONIS LAKNATULLAH ::
Kem DiBahuMu Ada Harapan
Oct 5, 2011
Albi Nadak
Kenapa pakai tudung besar-besar ya? tak rimas
Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.
Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.
" Awak, boleh saya tanya?"
"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.
"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.
Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.
"Tapi kenapa ya?"
"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.
Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.
" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"
Dia mengangguk
"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.
"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.
" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.
"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.
"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.
"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.
" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"
"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"
"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"
Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.
"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."
Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.
"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.
"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"
Dia menggeleng kepala tanpa suara.
" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.
" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.
"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."
"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.
"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.
"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..
Dia mengangguk...
"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.
" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.
Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.
'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.
dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...
Oct 3, 2011
Surat Dari Zaujah Solahuddin Al-Ayubi buat Diriku
Hai..
Sahabat yang sentiasa dalam doaku...InsyaAllah..
Kadang kala Allah hilangkan mentari, Kemudian Dia datangkan hujan, Puas kita menangis mencari di mana mentari kita, rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..
Firstly, kami nak minta maaf banyak2x atas segala salah dan silap kami selama bersahabat dengan ampa. Minta maaf pasal $@#%^^, cakap kasar, melawak tak kena tempat atau segala2xnya yang bisa menaikkan kemarahan ampa. Ana asifah jiddan. Ha, yang kami duk cerita kat ampa mcm2x tu, harap ampa tak cerita kat orang lain noh.. KEEP IT SECRET!! Saja nak kongsi pengalaman..hehe.. Balik nanti, jangan lupa peranan kita sebagai muslimah mukminah.. Buat apa yang Allah dan Nabi suruh buat.. InshaAllah.. YOU WILL BE THE BEST!!.. Cuba penuhi hari2x kita dengan taklifat2x ni.. Kami panggil " TAKLIFAT MUJAHIDAH "
- Puasa Sunat
- Solat Jemaah
- Solat Sunat Rawatib
- Qiyamullail ( Paling kurang Tahajjud 1x )
- Solat Dhuha
- Baca Al Quran
- Ma'thurat
- Al-Mulk
Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah.. Hari ini kita bersahabat, esok kita bersahabat, dan selamanya kita bersahabat. Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini, ku tetap mengharapkan kita bersahabat, diri ini mengharapkan kita sama2x selamat sampai ke sana.. SYURGA ABADI.. Nanti bila dekat PJ nanti, mungkin kita dah tak duduk sekali dah kan..bila tak duduk sekali, maka jaranglah kita berjumpa..but it's ok.. Pastikan pertemuan kali ini dapat membawa kita menuju ke syurga.. Jaga diri baik2x.. Nak bercinta pun..bercintalah... Yang pasti ikut syariat...hehe.. Kalau dah bercinta ni, sangat susah nak mujahadah... syaitan sentiasa nak cari peluang untuk menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan tanpa kita sedari.. sekadar peringatan... :)..Jangan marah yea..hehe
Akhir kalam...sedikit peringatan untuk diri ini dan sahabat yang dicintai kerana Allah ini.. Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita jalani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari2x yang kita lalui, jangan pernah berhenti mengharap pada pertolongan Illahi.. Jangan pernah berhenti berdoa kepada Rabbi keran harapan adalah masa hadapan, kerana harapan adalah sumber kekuatan, kerana doa adalah pintu kebaikan dan kerana doa adalah senjata orang yang beriman..
TIADA TEMAN SEHEBAT ALLAH DAN RASULNYA
BE THE BEST MUKMINAH AMONG THE BEST MUKMINAH
*p/s : Terima kasih sahabat..diatas surat yang cukup bermakna.. Semoga ikatan antara kita akan kekal selama-lamanya..
From : Zaujah Solahuddin Al-Ayubi
To : Zaujah Sultan Muhammad Al Fateh
Sep 19, 2011
Menitis air mataku apabila membaca kisah ini..
Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan cerita ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk p ermohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..
Butir asal permohonan.. ....
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'
Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.
Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.
Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.
Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.
Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).
Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.
Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..
Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.
Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.
Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
#kawan-kawan yang dikasihi, tolong sebarkan untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.
Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.
Sep 18, 2011
PENYOKONG KELANTAN
Sep 8, 2011
SATU CINTA
WANITA SOLEHAH
Artikel yang diambil dari seorang sahabat..
Bukan mudah menjadi seorang muslimah. Dibahunya tergalas tanggungjawab yang besar.
Tidak sama cita-cita dan impian seorang muslimah dengan wanita-wanita lain.
Seorang gadis muslimah pasti menyimpan keinginan yang kuat untuk mengahwini seorang pemuda yang hatinya mencintai Allah swt lebih daripada mencintai dirinya.
Seorang isteri muslimah pasti bercita-cita untuk mengandung dan melahirkan zuriat-zuriat yang dapat menyambung perjuangan dan dakwah suami yang tercinta.
Seorang ibu muslimah pasti bercita-cita untuk membesarkan dan mendidik anak-anaknya agar memelihara Al Quran dan menjadi mujahid dan mujahidah yang syahid di jalan Allah swt.
Aku cuba mengamati dan menghayati kisah-kisah para sahabiah yang juga merupakan para isteri dan para ibu ketika zaman Ar Rasul saw. Kebanyakkan mereka juga merupakan pejuang-pejuang yang turun ke medan perang meskipun dalam keadaan sarat mengandung. Dalam kalangan mereka ada yang kehilangan suami dan kesemua zuriatnya di medan jihad fisabilillah tapi beliau masih mampu melafazkan syukur dan mengukir senyum.
Kekuatan mereka benar-benar menggentarkan. Tidak hairanlah zuriat-zuriat yang mereka lahirkan juga benar-benar menggegar dunia.
Kekuatan dan kemampuan untuk menyediakan pakaian perang dan perisai untuk suami dan anak-anak ke medan perang, bagi aku, adalah sesuatu yang tidak mudah. Ibaratnya barangkali seperti seorang ibu yang melahirkan anak kemudian meletakkan bayi itu dalam kandang singa. Adakah seorang ibu yang sanggup berbuat demikian?
Tetapi para ibu dizaman itu berbeda sekali. Apakah rahsia mereka?
Yang pasti, kekuatan, ketabahan dan semangat yang berkobar-kobar itu pastinya tidak terbentuk hanya dalam satu hari. Ia menuntut sebuah proses yang payah.
Sunnatullah benar-benar mengajar kita bahawa manusia ini benar-benar seperti berlian yang hanya terbentuk dengan indahnya only and only if berada di bawah pressure yang sangat sangat tinggi. Tangisan demi tangisan, kesusahan demi kesusahan, penderitaan demi penderitaan adalah PERLU agar terpancarlah ‘berlian-berlian’ iman dan taqwa dari hati kita.
Aku bawakan kepada kalian satu hadith yang sangat menyejukkan hati dan memberikan harapan. Mudah-mudahan Allah swt mengira amal ini sebagai amal soleh dan memberkatinya. ameen.
Imam Ath-Thabrany mengisahkan sebuah hadis yang panjang dari Ummu Salamah. “Wahai, Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli?” Beliau menjawab, “Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, serta rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.”
“Lalu, bagaimana tentang firman Allah, ‘Laksana mutiara yang tersimpan baik’.” (QS Alwaqi’ah [56]: 23). Jawabnya, “Kebeningannya seperti mutiara di kedalaman lautan yang tidak pernah tersentuh tangan manusia.”
“Jelaskan lagi kepadaku firman Allah, ‘Di dalam surga-surga itu, ada bidadari-bidadari yang baik-baik dan lagi cantik-cantik’.” (QS Arrahman [55]: 70). Beliau menjawab, “Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jelita.”
Saya berkata lagi, “Jelaskanlah firman Allah, ‘Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik’.” (QS Ashshaffat [37]: 49). Beliau menjawab, “Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terlindung kulit telur bagian luar.”
“Manakah yang lebih utama, wanita dunia atau bidadari yang bermata jeli?” Rasulullah berkata, “Wanita-wanita dunia lebih utama dari bidadari-bidadari yang bermata jeli, sepertimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
“Karena apa wanita dunia lebih utama dari mereka?” Beliau menjawab, “Karena, shalat, puasa, dan ibadah mereka. Sehingga, Allah meletakkan cahaya di wajah mereka. Tubuh mereka seperti kain sutra, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas.”
AL-QURAN
Abu Umamah r.a berkata : “ Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an. “
Telah bersabda Rasulullah SAW : Belajarlah kamu akan Al-Quran, diakhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala orang sangat memerlukannya.”
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,” Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: “Siapakah kamu?”
Maka berkata Al-Quran: “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: “Adakah kamu Al-Quran?” Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca menghadap Allah SWT. Lalu orang itu diberi kerajaan ditangan kanan dan kekal ditangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota diatas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “ Dari manakah kami memperolehi ini semua , padahalamal kami tidak sampai ini? “
Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran.”
Aug 27, 2011
BUMI JORDAN
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Besi cerucuk di atas banyak rumah di Jordan melambangkan sikap optimis tuan rumah. Ada rezeki, nanti tambah setingkat lagi…
“Bumi Jordan ini adalah sebahagian daripada apa yang disebut Allah alladzee baaraknaa haulahu!” saya berbicara bersama sekumpulan anak muda, mengisi masa.
Cuaca yang sejuk di Irbid memberikan rasa selesa untuk kami duduk rapat-rapat mengadap api pemanas.
“Dan mungkin salah satu daripada keberkatan itu, adalah pada keupayaan Jordan menyerlahkan isi hati kita di sini, dan sekembalinya ke Malaysia nanti.
Seperti kisah seorang Arab Badwi di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam,” bersama mereka, kami membuka sila untuk berbicara.
TELADAN SIRAH
Suatu ketika, seorang Arab Badwi datang kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam, beliau beriman dan kemudian mengikut Baginda berhijrah ke Madinah. Di dalam satu peperangan, Baginda memperolehi rampasan harta seorang wanita lalu diberikan kepada Arab Badwi itu.
“Apa ini?” tanya lelaki itu.
“Aku membahagikannya untukmu,” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
“Bukan untuk ini aku mengikutmu. Apa yang aku inginkan adalah sekiranya aku menjadi sasaran anak panah ke sini – sambil menunjukkan lehernya – lalu aku mati dan masuk Syurga!” jawab lelaki itu.
“Jika kamu jujur, Allah akan membuktikan kejujuranmu!” balas Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Di dalam satu peperangan yang lain, lelaki itu terbunuh.
Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam memeriksanya dan mendapati lelaki itu terbunuh kerana terkena anak panah di tempat yang ditunjuk itu.
“Apakah ini dia orangnya?” tanya Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
“Benar,” jawab para sahabat yang lain.
“Jika kamu benar-benar jujur, Allah akan membuktikan kejujuranmu,” Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam berbicara terhadap lelaki itu.
Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengkafan lelaki itu dengan jubahnya, meletakkannya, dan mengerjakan solat ke atas jenazah lelaki itu dan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Ya Allah, hamba-Mu ini keluar untuk berhijrah di jalan-Mu lalu dia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi ke atasnya”
Kisah yang dirakamkan dalam riwayat oleh an-Nasa’ie dengan isnad yang sahih.
ISI HATI
Sahabat…
Selama bermastautin di bumi Anbiya’ ini, tanyalah hatimu dari satu hari ke satu hari, apakah yang engkau dambakan daripada keberadaanmu di bumi ini.
Jika di celah doamu di bawah awan bumi Syam ini ada sekelumit calar terhadap keikhlasan berjuang dan menjadi pewaris Anbiya’, calar itu nanti akan menjadikan engkau pencalar umat sekembalinya kalian ke pangkuan masyarakat.
Justeru ikhlaskanlah hati pada meninggikan cita-citamu dan Allah akan membuktikan keikhlasan hatimu.
Bumi Isra’ ini penuh barakah.
Setiap perlakuanmu di bumi Jordan adalah permintaan tentang siapa dirimu, suatu hari nanti…
Aug 26, 2011
MENCARI SINAR
(Muslim)
Allah yang menganugerahkan segalanya buat kita dan nikmat rasa kasih dan sayang sesama manusia juga kurniaan dariNya. Namun, bila dicampakkan rasa cinta itu di dalam hati manusia, manusia mudah terhibur hingga lupa pada pemberi asalNya. Keasyikkan melayari bahtera cinta manusia adakalanya menjadikan kita menafikan betapa cemburunya Allah terhadap kita kerana Dialah yang paling layak kita cintai.
Allah yang menganugerahkan segalanya buat kita dan nikmat rasa kasih dan sayang sesama manusia juga kurniaan dariNya. Namun, bila dicampakkan rasa cinta itu di dalam hati manusia, manusia mudah terhibur hingga lupa pada pemberi asalNya. Keasyikkan melayari bahtera cinta manusia adakalanya menjadikan kita menafikan betapa cemburunya Allah terhadap kita kerana Dialah yang paling layak kita cintai.
Ya Allah, jauhkan diriku dari mencintai seseorang insan yang mampu membuatkan aku lupa mencintaiMu. Andainya cinta manusia itu melalaikanku jauhkan dirinya dariku dan padamkanlah rasa cinta itu dalam usahaku mengapai redhaMU....
Ya Allah di dalam meniti langkahan mencari redhaMu adakalanya matlamat tersasar dari landasaran yang diKau redhai. Nikmat dunia yang mengasyikkan membuatkan jiwa yang kekeringan mudah berpaling.
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku...
Aug 25, 2011
BACA BUKU !!!!
Penulis : Dr. Adi Hashman
Halaman : 217 ms
Harga : RM19.90