Demi Masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan
nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran serta
nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Aug 25, 2011


In Name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful


Ya Allah....

Seandainya telah Engkau catatkan....
Dia milikku tercipta buatku....
Satukanlah hatinya dengan hatiku....
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi....

Ya Allah ...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi....
Seiringkanlah kami melayari hidup ini....
Ke tepian yang sejahtera dan abadi....
Maka jodohkanlah kami....

Tetapi ya Allah....
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku....
Bawalah dia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah dia dari ingatanku....
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti....
Berikanlah aku kekuatan....
Menolak bayangannya jauh ke dada langit....
Hilang bersama senja yang merah....
Agarku sentiasa tenang....
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan....
Adalah yang terbaik untuk ku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui....
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini....

Ya Allah.....
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku....
Di dunia dan di akhirat....
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian....
Di dunia ini maupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran....
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman....
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai....
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah....

Ya Allah.....
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka....


Amin...

PETIKAN DARI BUKU CARA RASULULLAH S.A.W. MENGELAK DAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT.
DISUSUN OLEH : IBNU QAIYUM


1.PENYEBAB ROSAKNYA BADAN:
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu perasaan runsing, gelisah,
lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan Qiyamullail).

2. MENERANGKAN PENGLIHATAN:
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat
pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang
disayangi dan melihat buah (dedaun).

3.PENYEBAB WAJAH BERSINAR:
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kering (hilang cahaya) iaitu berdusta,
tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat
dosa.

Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur,
dermawan dan takwa.

4. PERASAAN BENCI :
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan
suka mengadu domba.

5.PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullai (beribadah
di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa
sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan
petang.

Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit
mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

6.KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan
buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan
fikiran runsing.

Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu
kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan
sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang
memberatkan badan

Aug 23, 2011

KELUARGA IMPIAN





Yang dicari walau bukan putera raja,
biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati,
insyaAllah ku redha ketetapan Ilahi..


Rasulullah saw telah bersabda "Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mengutamakan yang beragama, itulah pilihan yang terbaik."

"Apabila datang kepada kamu peminang (lelaki) yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, maka terimalah dia"
(Hadis Riwayat Tarmizi)


aku bukanlah sehebat KHADIJAH yg begitu sempurna
aku juga tak setabah RABIATUL ADAWIYAH yg begitu setia dlm sengsara
dan aku juga taksekuat & seteguh SARAH
apatah lagi secantik BALQIS
malah kasihku jua tak setulus ZULAIKHA
lalu bantulah aku Ya ALLAH, mencari jalan pulang ke sisi MU..


~keluarga bahagia idaman semua~

10 Fardhu Muslim





10 fardhu muslim

  • AQIDAH YANG SEJAHTERA (SALIMUL AQIDAH)
  • IBADAH YANG BETUL (SOHIHUL IBADAH)
  • AKHLAK YANG MANTAP (MATINUL KHULUK)
  • PERMIKIRAN YANG BERWIBAWA (MUTSAQQAFUL FIKR)
  • KUAT TUBUH BADAN (QAWIYUL JISMI)
  • BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN (NAFI'UN LI GHAIRIH
  • MAMPU MELAKUKAN GERAK KERJA (QADIRAN' ALA KASBI)
  • TERATUR DALAM URUSAN (MUNAZOMAN FI SHU-UNIH)
  • MENJAGA WAKTU (HAARISON' ALA WAQTIHI)
  • MELAWAN HAWA NAFSU (MUJAHIDUN NAFSI)

Apr 23, 2011

CALON ZAUJKU..

Assalamualaikum :)

Buat kamu yang aku tidak ketahui siapa :

Salam buat bakal suamiku.
Harapanku, semoga kamu sentiasa di bawah lindungan Allah SWT,
Tujuan aku menulis bukan kerana ingin menyatakan aku cinta pada mu,
Bukan juga kerana aku sudah rindu padamu,
Tapi aku menulis kerana aku ingin kamu tahu,
Kamu hanya untukku.

Zaman ini, di mana-mana sahaja.
Tidak kira di library, di café, di pusat membeli belah, di restoran makanan segera,
Dan di mana-mana sahaja,
Pasti akan ada pasangan ‘couple’ yang tidak halal berdua-duaan.
Bergurau senda, memadu kasih,berpegangan tangan,
Langsung tiada rasa malu.
Bila sudah rindu, mereka mula melayan perasaan,
Ber’call-calling’ sehingga kehabisan tambah nilai.
Mereka beranggapan itu sudah menjadi kelaziman,
Mereka mula mencipta dunia ‘cinta khayalan’ mereka.
Mereka tidak takut dengan larangan Allah,
Melarang mereka mendekati zina seperti dalam surah Al-Isra’.
Astaghfirullah.
Beri mereka peluang bertaubat Ya Allah…

Zaman moden ini juga,
Pergaulan bebas sudah sebati,
Tidak kira siapa, lelaki dan perempuan sama sahaja.
Tangan tampar-menampar dianggap biasa,
Katanya ‘bergurau’. Ahhh, alasan sahaja.
Mereka lupa peringatan Allah.
Lelaki dan wanita yang bukan mahram haram bersentuhan.
Astaghfirullah.
Beri mereka kesedaran Ya Allah.

Zaman dunia tanpa sempadan ini juga,
Teknologi kian mendominasi,
Setiap dari kita pasti berurusan melalui teknologi,
Pasti mempunyai paling kurang satu akaun laman sosial,
Facebook contohnya.
Namun banyak dari mereka menyalah guna,
Post gambar-gambar yang tidak sepatutnya,
Post status yang lebih bersikap kebudak-budakan dan
Tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan.
Mereka mengeluh, mereka bangga meletakkan gambar tidak menutup aurat,
Mereka lupa setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita lakukan di akhirat kelak.
Astaghfirullah.
Beri mereka keampunanMu Ya Allah.

Zaman akhir zaman ini juga,
Fesyen anak muda, hatta yang berusia,
Mula kembali ke zaman Jahiliyyah.
Mereka memulakan kembali fesyen dahulu,
Bermula fesyen tudung bersanggul tinggi, pakaian yang jarang, legging dan inner,
Tidak lupa,kawan-kawan sejantina denganmu
Seluar pendek menampakkan lutut ketika bersukan.
Apa mereka fikir mereka ‘hot’ dengan pakaian sebegitu?
Mereka lupa di akhirat nanti,
Pasti ada yang lagi ‘hot’ yakni neraka.
Nauzubillah.
Beri mereka cahayaMu Ya Allah.

Zaman sekarang juga,
Hilang sudah sifat keperimanusiaan,
Kita hanya mementingkan diri,
Orang tua langsung tidak diberi hormat,
Orang tua zaman sekarang ‘sporting’ katanya.
Sudah tidak perlu diberi keutamaan,
Sedarkah mereka, kita juga akan menghadapi hari tua?
Astaghfirullah.
Beri mereka petunjukMu Ya Allah.

Zaman modenisasi ini juga,
Banyak dari kita yang lupa akan Tuhannya,
Mereka bangga kerana dilimpahkan rezeki yang banyak,
Nikmat yang pelbagai,
Menjadikan mereka sombong dan tidak tahu bersyukur,
Jarang mereka melaksanakan solat, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji,
Mereka sibuk mengejar harta dunia yang sementara.
Mereka lupa akan ada kehidupan yang kekal abadi iaitu alam Akhirat,
Astaghfirullah.
Beri mereka HidayahMu Ya Allah.

Pasti, kamu tertanya-tanya,
Apa kaitannya dengan kamu semua ini.

Baitul Muslim :)

Harapan aku,
Kamu tidak akan jatuh dengan perangkap arus kemodenan zaman ini,
Kamu tegar melawan nafsu dari menarikmmu ke lembah maksiat,
Kamu tidak tergolong sebagaimana mereka,
Sentiasa menjaga iman walau di mana kamu berada,
Tidak membuang masa mencari ‘cinta palsu’ yang tidak halal,
Kerana perasaan cinta anugerah Allah ini hanya untuk bakal isterimu, yakni aku.

Menjaga Ikhtilat dengan kawan-kawan perempuanmu,
Sentiasa menyedari Allah sentiasa melihat perbuatan umatNya,
Menggunakan teknologi seadanya,
Tidak menayangkan sesuatu yang tidak sepatutnya di laman sosial.
Sederhana dalam berpakaian,
Dan sentiasa menghormati orang tua.

Namun, sekiranya kamu salah seorang seperti mereka,
Segeralah bertaubat,
Ingat, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Menerima Taubat.

Aku bukan mengharapkan segalanya sempurna,
Cukuplah kamu tahu menjadi imam dalam solatku,
Cukuplah kamu akan bersama-samaku dalam menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini,
Cukuplah kamu sedar kepentingan dalam menuntut ilmu,
Ilmu dunia dan Ilmu Akhirat,
Cukuplah bakal suamiku seorang yang ‘skema’,
Skema mengikut peraturan Allah dan Rasul,
Melaksanakan perintah Allah, dan meninggalkan laranganNya,
Yang boleh membimbingku ke Syurga, InsyaAllah.

Buat sahabat-sahabat wanitaku,
Mari kita persiapkan diri menjadi solehah,
Setiap dari kita pasti inginkan lelaki seperti bakal suamiku juga dan lebih baik lagi,
Sebelum kita mendapatkan yang soleh,
Kita dahulu yang harus menjadi solehah.

Aku yakin,
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat juga.
Itu janji Allah SWT dalam surah AnNur, ayat 26.

Bakal suamiku,
Sudah panjang warkah yang ku tulis,
Sekadar peringatan kita bersama,
Sebagaimana aku sedar dan berusaha menjaga diriku hanya untuk kamu,
Kamu juga perlu berbuat yang sama,
Aku simpankan rasa cinta ini hanya untuk kamu, bakal suamiku.

Buat masa ini,
kita simpan dahulu rasa cinta,
kita salurkan kepada yang berhak dahulu,
Ayuh kita mencari cinta Allah, cinta yang kekal abadi,
Dan InsyaAllah,
Andai ditakdirkan Allah,
Kita pasti bersama, diijabkabulkan atas nama cinta yang dilimpahkan Allah buat kita.
satu hari nanti.
InsyaAllah.


Mencari Redha Ilahi,

Bakal isterimu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...